Friday, 30 June 2017

Sucker Punch

Yo!!
Dh lama tak tulis blog ni..ni pun tulis type atas fon ni..
Haa sbb trial nak dekat ni aq nak share kisah sorg ni..takut nanti lps trial lagi buzy..

Warning: blog ini tiada puisi jiwang jiwang seperti blog lain..kalau x berminat boleh ciao

Al kisah dia mengisahkan seorang manusia bukan robot bernama Clark..
Clark ni dia takdela pandai mana and takde la baik mana..
Tapi Clark ni dia tau la hukum agama semua 
Dia pun kebetulan ada kat klas pertama tingkatan dia ..
Kira elite la..
Clark dia kira bdk biasa je..malas malas tapi sbb dia termasuk kat klas pertama tu org cakap dia pandai la semua..
Clark x suka semua tu...
Walaupun Clark rasa diri dia x pandai ..dia dpt kekalkan prestasi dia yg menyebabkan dia dimasukkan di klas itu ..
Namun lama kelamaan Clark semakin goyah..
Saingan dlm kelas dia semakin sengit menyebabkan Clark semakin merundum prestasi dia walaupun prestasi dia sebenarnya sama cuma org lain meningkat..
Clark kira tercorot di klas elit..
Namun semua tu tak goyahkan Clark sbb dpt memberi hentaman agar dia sedar yg ego dia tinggi and dia perlu belajar..
Tapi..
Ada satu yg menyakitkan hati Clark..
Clark seperti biasa ingin memberikan pendapat dia ..dia juga tidak kurang ilmunya..
Namun apabila ada sorg yg lebih bijak bertanya..
Clark seperti manusia biasa ingan membantu..
Dia cuba memberi pendapat dia tetapi tidak dihiraukan..
Adakan hamba Allah itu tidak dengar..getus hati Clark yg cuba bersangka baik..
Clark cuba mengulangi pendapat dia tetapi masih dipalaukan..
Tetapi apabila seorang yg lebih bijak dari Clark memberi pendapat baru sahaja hamba Allah itu mendengar walaupun Clark lebih dekat kepadanya..
Mengapa perkara itu terjadi?
Adakan sbb Clark berada antara tercorot di dlm klas?
Adakah pendapat Clark tak berilmu dan lemah?
Diikutkan Clark sudah mengulangi bab tersebut dan yakin terhadap pendapat dia......
Mungkin Clark lebih sesuai diletakkan di klas yg kedua?
Sejak hari itu Clark ada perspektif baharu..
Clark melihatkan bahawa sistem manusia ini menimbulkan perbezaan taraf..
Intelektual menindas bukan intelektual..
Dan bermula saat itu Clark benci akan org pandai......

To.be continued...

Best citer tu..
Haa kejap lagi ada satu lagi..
Nantikan

1 comment: